Pada usia 3 tahun, sikecil sudah mula membuat pemahamannya sendiri tentang konsep, nombor serta penyebab kepada sesuatu. Dia juga sebenarnya sudah mula untuk menggunakan pemikiran logikal. Penulis memilih untuk memasukkan dan berkongsi artikel ini kerana anak sulung penulis baru jer mencecah umur 3 tahun dan beberapa perubahan jelas kelihatan pada dirinya.Dia juga sudah mula menggunakan pengalamannya sendiri untuk menjadikan sesuatu perkara itu logik dan diterima oleh orang lain. Dia hanya boleh memfokus pada satu dimensi pada satu masa. Pada usia ini juga, si kecil anda sudah boleh mengenalpasti objek-objek yang sering digunakannya. Dia juga sudah boleh menghafal kiraan nombor 1 hingga 10 walaupun kadangkala turutannya tidak tepat.Dia juga sudah boleh mengingati dua arahan tindakan seperti " Tolong cari bola itu dan bawa ke mari". Anda juga akan mula menyedari kemajuan pada kemahiran memorinya.
Mencecah usia empat tahun,anak anda boleh mengenalpasti objek mengikut saiz, bentuk dan kegunaannya. Dia juga boleh menamakan lapan warna yang lazim . Kemahiran nombor juga semakin baik. Pada usia ini juga anak anda sudah mula berfikir secara simbiolik. Dia membuat perancangan dahulu sebelum bertindak kerana dia kini sudah boleh melihat akibat daripada sesuatu perkara.
Anak anda masih berfikiran fantasi (objek bukan hidup dianggap hidup) pada usia 5 tahun. Anak anda juga sudah boleh berkomunikasi antara perseorangan. Dia sudah boleh menerangkan perihal sesuatu objek melalui apa yang dilihatnya serta memahami banyak konsep tetapi masih mempunyai masalah dengan ruang dan waktu.
Berikut disenaraikan beberapa anak anda:
1. Buat satu permainan mengasingkan blok mengikut warna dan saiz daripada kecil ke besar.
2. Minta si kecil anda untuk memberitahu anda nama, umur serta nama ibu dan bapa, abang atau adiknya.
3. Membuat permainan kumpul dan asing objek. Kumpulkan pelbagai objek yang ada di rumah anda seperti bola, butang,kunci, gelang getah, dan sebagainya. Kemudian minta anak anda mengasingkannya mengikut bentuk, warna dan saiz.
4. Masak bersama anak anda. Anda boleh membuat resepi bergambar untuknya dengan setiap langkah yang dinomborkan mengikut urutan.Kemudian tanya mereka langkah nama yang dahulu dan kemudian.
5. Nyanyi bersama anak anda lagu-lagu yang berkaitan konsep nombor, warna dan sebagainya.
6. Minta anak anda lukis gambar-gambar orang yang dikenalinya.
7. Bawa anak anda ke halaman rumah dan minta dia ceritakan apa yang dilihat sekelilingnya.
8. Membina binaan menggunakan blok. Ini dapat membantu anak anda memahami konsep ruang dengan baik.
9. Membaca bersama-sama anak anda yang mana ceritanya ada menerangkan konsep nombor, saiz dan warna.
Selamat Mencuba.
Penulis amat berbangga dan berterima kasih jika sekiranya pengunjung blog ini menulis sedikit komen tentang entri atau pun aper jer berkenaan blog ini




0 Komen:
Post a Comment