Suatu masa dulu, penulis pernah mengikuti kursus asas Open Source, waktu tu Linux Red Hat 9. Sempatlah install kat dalam laptop (jadi dual boot) Windows dan Linux. Waktu tu ada jugak rasa sukarnya menggunakan linux. Bukan apa, kita dah terbiasa dengan Windows jadi, OS lain terutamanya Linux rasa macam sesuatu yang aneh.
Beberapa tahun selepas itu, tergerak hati nak cuba OS Linux yang lain. Penulis try plak Linux yang paling kecil (OS paling kecil) iaitu DSL (Damn Small Linux)..kalau tak silap hanya 50MB dan boleh "running" dalam pendrive jer.
Selepas pada itu penulis try plak Linux "Biawak Hijau"
yang dikenali sebagai "Suse" (tak ingat versi berapa). Cukup Stabil dan berkuasa. Tapi macam yang aku kata tadi lah, sebab dah terbiasa dengan Windows, akhirnya kembali kepada asal.
Beberapa hari yang lalu (waktu kat kuantan) penulis terjumpa member (JU SMM) yang memang expert bab-bab Linux ni dan skarang ni dia pakai . Emm..tertarik dengan UBUNTU, apa lagi, terus buat satu salinan ke dalam CD dan malam tu terus Install kat laptop. Ternyata begitu banyak perubahan yang telah dilakukan dalam "dunia Open Source" ni. Pada pandangan penulis , UBUNTU cukup hebat dan boleh menyaingi Windows (mungkin lebih hebat drp Windows..he...he..he)
Nak tahu apa kelebihannya? Jadi, Jom kita pakat try UBUNTU. Kalau nak try, klik la kat
Penulis amat berbangga dan berterima kasih jika sekiranya pengunjung blog ini menulis sedikit komen tentang entri atau pun aper jer berkenaan blog ini



1 Komen:
MMG SUSAH TEMPLATE 2. XTAU NK GNA. TP KLU PNDAI MMG CNTIK.. HUHU
Post a Comment