Sistem Semak SSDM Versi 1.0 (versi pertama) baru sahaja selesai dibangunkan pada 28-30 April yang lalu. Penulis telah dipanggil oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk tujuan membantu dalam proses pembinaan sistem @ databases berkenaan. Kalau nak diikutkan, panulis memang dah tak larat, dengan pelbagai tanggungjawab terhadap sistem-sistem lain, tetapi apabila memikirkan fungsinya untuk semua, dengan rela hati penulis memandu ke Duta Sands Beach, Kuantan, Pahang.
Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk membantu guru penyelaras sistem SSDMver3 (sistem Maklumat@Rekod Disiplin) di peringkat sekolah. Ini ekoran daripada terlalu banyak kesilapan yang dikesan berlaku di dalam sistem berkenaan khususnya apabila data dimasukkan di peringkat sekolah. Penulis sebenarnya hanya membantu team @ JU SSDM Negeri Terengganu untuk membangunkan sistem semak berkenaan. Sistem ini akan menyemak ralat atau kesahihan data yang telah dimasukkan. Semua ralat yang berlaku boleh teru dibaiki melalui sistem ini.
Penulis menggunakan fungsi "TAB Order" dalam form bagi menjimatkan ruang dan memudahkan proses semakan. Value / nilai ralat yang berlaku/dikesan juga diletakkan bersebelahan butang-butang (command button). Sedikit kod "VBA" dimasukkan bagi menjadikan sistem ini lebih stabil dan berfungsi dengan baik.
Pagi tadi penulis ke Rumah Tamu JPNT, untuk pembentangan sistem ini. Hasil daripada pembentangan sistem ini kepada semua JU SSDM dan pegawai dari JPNT dan Semua PPD, penulis dapati ada beberapa masalah perlu ditangani. Antaranya:-
1. masalah . (terdapat dua versi yang berlainan SSDM iaitu
SSDMVer3.0 dan SSDMVer3 dan pada folder yang juga berlainan.
2. Semakan sekolah yang belum menghantar data bagi setiap daerah sukar dilaksanakan. Ini
kerana sistem ini pada asasnya dibina untuk kegunaan JPNT sahaja.
Malam tu jugak penulis mengkaji dan melakukan pengubahsuaian agar dua masalah di atas dapat diselesaikan. Kerjanya nampak mudah tetapi untuk menyelesaikannya? Hanya penulis yang tahu betapa sukarrrrrnya.
Dengan wujudnya Sistem Semak Data SSDM ini, diharapkan ianya dapat membantu semua guru penyelaras SSDM di sekolah.
Sila ke ruanganuntuk memuat turun aplikasi berkenaan atau klik pada pautan di bawah.
Penulis amat berbangga dan berterima kasih jika sekiranya pengunjung blog ini menulis sedikit komen tentang entri atau pun aper jer berkenaan blog ini



0 Komen:
Post a Comment