Assalamualaikum

Sistem Pengurusan Kem / Tutorial UPSR

Sistem ini mula aku bangunkan tahun lalu [2008] dan telah banyak pembaharuan / penambahbaikan dilakukan agar ianya mesra pengguna dan bukan untuk ' syok sendiri'. Terkini, setelah satu mesyuarat "Team ePantau Daerah" yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing, aku telah melakukan beberapa modifikasi yang agak radikal ke atas sistem ini.
Asasnya aku bangunkan satu sistem baru yang dikenali sbg Sistem Pemilihan Calon Layak [nama memang tak komersial langsung][untuk mengikuti kem peringkat daerah] dan setelah aku balik dari meeting tersebut, aku mendapat ilham dan idea untuk mencantum dua sistem menjadi satu iaitu Sistem Kem UPSR tahun lalu dengan Sistem Pemilihan Calon tadi.
Akhirnya terbinalah satu aplikasi baru yang aku namakan sebagai Sistem Pengurusan Kem / Tutorial UPSR yang Insya Allah akan digunakan nanti. Walaupun aku tak akan bersama team epantau daerah untuk selama 3 bulan [KDP14 minggu] tapi aku akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk team ini khususnya.
Versi Terkini Sistem ini adalah Versi 009 / Latest Update 11072009
Lebih Stabil, Lebih Selamat....
p/s : kepada semua JU ePantau Besut, anda boleh download sistem ini melalui email epantaubesut@gmail.com

wassalam.



Penulis amat berbangga dan berterima kasih jika sekiranya pengunjung blog ini menulis sedikit komen tentang entri atau pun aper jer berkenaan blog ini

0 Komen:

Sumbangan Anda

Penafian : Blogmaster tidak bertanggungjawab di atas kehilangan , kesilapan atau kemusnahan data atau bahan yang diambil dari blog ini.

Stats